Wednesday, 3 September 2014

Pengenalan

Pembangunan negara dalam sains dan teknologi sangat berguna kepada guru-guru untuk membantu dalam pendidikan. 

Antara faedah dengan menguasai ICT adalah kita dapat memudahkan urusan dalam kehidupan seharian. Melalui ICT juga kita dapat menjimatkan masa dan ruang dalam sesuatu urusan berkaitan pendidikan. Akhir sekali ialah kita juga dapat menambahkan ilmu melalui ICT. Dengan menguasai ICT, kita dapat meneroka ilmu di seluruh dunia dan peristiwa yang berlaku di luar negara mahupun dalam negara. Maklumat yang dikehendaki hanya terletak di hujung jari. Sudah semestinya, mereka ini tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Kesimpulannya, sebagai warga yang bakal mengisi wawasan 2020, kita hendaklah celik ICT. Pembangunan negara bergantung pada kemajuan ICT. Rakyat di negara ini perlu menguasai ICT agar selari dengan keperluan semasa. Jika tidak, kita akan tertinggal dalam banyak bidang.

No comments:

Post a Comment